CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 15, 2008

POYOS

Haa...kali nie aku plak buat tajuk POYOS...hari tu adik aku..wansu...kali nie turn aku plak....kalo pembaca blog aku nie nak tau apa makna POYOS nie... nie diaaa...aku ciplak sket kata2 dari blog adik aku nie....Ada orang sifatnya suka menunjuk-nunjuk...atau mungkin bukan niat dia nak menunjuk-nunjuk apa yg dia ada...tp orang tersalah tafsir..tp itulah sikap manusia..ada bermacam-macam.

Ada org suka crite walaupun tak secara langsung...tp hakikatnya dia nak menceritakan yg dia mempunyai sesuatu atau pandai dalam sesuatu...supaya kita tau yg dia sebenarnya pandu keter mewah.....rumah dia beso.....pangkat dia sebenarnya tinggi...dia org cerdik pandai, ilmu dia tinggi....dan bermacam-mcm lagi lah...

dan walaupun kita tau hakikatnya punyai semua tuu ...tp org bleh naik menyampah ngan org yg suka menunjuk-nunjuk......."ek eleee dia nih" aku percaya korang mesti akan terjumpa ngan org2 mcm nih kan...

Dan ini la yg aku paling menyampah....ada ke org buat Haji pun nak menunjuk2...nak berlagak..yg dia tu dah bergelar "Haji"....ishhh...ada jgk org mcm nie dlm dunia nie..hal amal ibadat pun nak menunjuk2...bagi aku la..org mcm nie takde guna buat haji kalo niat tu nak menunjuk yg kau tu dah tunaikan rukun islam yg ke 5...dah bergelar "haji"...takde makna nyer haji kau...satu apa pun kau takkan dpt dari amalan haji kau tu selain dari letih sesajerrr.....

Org lain yg dah berkali2 naik haji...tiap2 thn naik haji..tak kecoh2 pun...tak berlagak pun...nie baru sekali jer pg haji..dah heboh satu kampung....emmm..kesian sungguh aku dgn org yg mcm nie....

Ni aku sertakan petikan dari akhbar...semoga yg berkenaan segera lah insaf...aminnnnn.

Fadilat haji mabrur
Dipetik daripada Harian Metro 26 November 2008

SECARA zahir, tidak ada satu kayu pengukur bagi menentukan kesan atau keberkesanan hasil menunaikan haji terhadap diri seseorang walaupun secara umumnya haji dikategorikan kepada tiga iaitu Mabrur iaitu haji cemerlang yang diterima dengan sempurna; Makbul iaitu haji diterima; atau Majhul iaitu haji yang jahil (tanpa ilmu pengetahuan) dan tidak mendapat ganjaran atau pahala daripada Allah SWT. Persoalannya, bagaimana caranya mahu mendapatkan haji yang mabrur? Ulama al-Azhar, Dr Ahmad Syarbasi pernah menggariskan empat ciri penting dalam usaha memperoleh fadilat haji Mabrur.
Niat yang ikhlas. Keikhlasan adalah faktor terpenting menentukan sama ada amal ibadat kita diterima Allah. Bakal haji hendaklah meluruskan niatnya, semata-mata untuk menunaikan ibadat haji dan mencari keredaan Allah, tidak bercampur riak, ujub, takbur atau mahukan sanjungan manusia.
  1. Sumber harta yang halal. Segala perbelanjaan pergi dan balik serta makan minum ketika menunaikan haji itu hendaklah daripada sumber yang jelas. Apatah lagi daripada pendapatan yang haram atau syubahah (tidak jelas atau bercampur antara yang halal dan haram).
  2. Melaksanakan taubat dan memohon maaf. Antara syarat taubat ialah menyesal dan meninggalkan perbuatan maksiat itu. Kita juga berazam tidak akan mengulanginya dan meninggalkan perbuatan yang boleh menjerumuskan diri ke lembah maksiat.
  3. Selalu zikir dan istighfar. Sentiasa memohon keampunan Allah atas segala kesalahan serta memperbaiki amalan itu, di samping memperbanyakkan zikrullah dan amalan sunat lain. Sebagai manusia biasa, adalah sukar untuk kita menilai tahap haji orang lain, namun tentunya kita boleh mengukur diri sendiri sejauh mana sikap, pemikiran, tingkah laku, percakapan dan perwatakan kita berubah menjadi lebih baik selepas menunaikan haji.
Seseorang yang berjaya memperoleh haji mabrur tentunya akan lebih baik, lebih alim atau lebih bertakwa jika dibandingkan dengan keadaan sebelumnya, berjaya menghayati falsafah ibadat haji.

2 comments:

wansu said...

aikkk komeng ku tak kuar yehh smlm...
tu laa ada org mmg poyos + sengal..
kalo bab ibadat pon nak dibangga-bangga.....apatah lagi duniawi?

eita_tks said...

haa...wansu...tang duniawi tu toksah ckp la...kalo bleh sume nak diceritakan..mmg sengal lahhh